SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI
Anda mempunyai sahabat pena
yang berada di luar negara. Menerusi emel yang anda terima, sahabat pena anda
itu ingin mengetahui tentang kelebihan penglibatan individu dalam bidang sukan.
Balas emel rakan anda itu.
KELEBIHAN PENGLIBATAN INDIVIDU DALAM SUKAN
84,Jalan
Bandar,
Taman
Bandar Baru,
88472
Alor Gajah,
Melaka.
20
Ogos 2012.
Ke
hadapan Sofea yang berada di Miami, Amerika Syarikat. Ketika saya menulis e-mel
ini, saya sekeluarga dalam keadaan sihat. Diharapkan saudari lebih-lebih lagi.
Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kesudian saudara menulis
emel kepada saya. Saya tidak dapat segera menjawab kerana kesibukan mengemas
rumah Untuk pengetahuan saudara, kini kami sekeluarga telah berpindah di Taman
Bandar Baru. Pada waktu terluang ini, saya segera membalas emel saudari.
Saudari dahulu seorang pelajar yang aktif dalam kegiatan sukan. Apabila saudari
bertanyakan faedah yang diperoleh individu yang melibatkan diri dalam bidang
sukan, saya teragak-agak untuk menjawabnya.
Apabila
bercakap tentang faedah bersukan, tentulah akan banyak mengubah diri seseorang
itu. Yang pertama dapat menyihatkan tubuh badan. Hal ini demikian kerana,
sewaktu bersukan kita berlari, melompat, dan menggerakkan tubuh. Aktiviti yang
dijalankan menyebabkan otot-otot mengeluarkan peluh, sekali gus menyebabkan
tubuh kita sihat.
Sukan
memang banyak memberi faedah kepada keluarga. Sukan menyebabkan anak-anak
remaja dapat memanfaatkan masa terluang. Pada waktu petang, kita boleh bermain
bola sepak ataupun sepak takraw. Jika tidak terlibat dalam sukan, kemungkinan
kita bergaul dengan budak-budak nakal, sekali gus kemungkinan terjebak dalam
kegiatan negatif seperti merokok.
Saya ingin menambah, sukan
dapat memberi faedah kepada masyarakat. Sesungguhnya sukan melahirkan masyarakat
yang sihat. Apa tidaknya, sukan menyebabkan kita berhubung erat dengan jiran
tetangga kita. Sebagai contoh, aktiviti hari keluarga sudah pasti akan diisi
dengan acara sukan, seperti tarik tali dan bermain bola sepak.
Sukan
memberi faedah yang besar kepada sekolah. Apa tidaknya, tanpa sukan tubuh
pelajar yang ulat buku akan lesu dan tidak bermaya. Apabila mereka aktif
bersukan, wujud kesegaran dalam diri dan minda, seterusnya mengasah bakat yang
terpendam.
Sukan
memberi faedah yang besar kepada negara. Sukanlah yang menyebabkan nama
Malaysia terkenal di mata dunia. Menerusi badminton yang ditonjolkan oleh
keluarga Allahyarham Datuk Sidek dan skuasy menerusi Datuk Nicol Ann David yang
dicanangkan sebagai Pemain Skuasy Terbaik Dunia, nama Malaysia semakin haru di
mata dunia. Jika menerusi iklan untuk menonjolkan nama negara bukan sahaja
memerlukan wang yang banyak tetapi kesannya juga kurang.
Demikianlah
serba sedikit yang dapat saya catatkan untuk kali ini. Jika ada kesempatan,
tulislah emel kepada saya. Untuk pengetahuan saudari, tidak lama lagi para
pelajar di seluruh Malaysia akan melalui cuti persekolahan selama dua minggu.
Jika saudari mempunyai gambaran yang menarik tentang Amerika, kirimlah emel
kepada saya. Barangkali ayah saya akan memilih Amerika sebagai tempat
pelancongan kami sekeluarga. Sekian dahulu emel daripada saya. Terima kasih.
Sahabatmu di Malaysia,
Farhan
(Farhan Ahmad)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebongok...
ReplyDeletewoi
Delete