Monday 30 January 2012


LAPORAN
Sekolah anda telah mengadakan Minggu Pusat Sumber. Sepanjang majlis berjalan, berdasarkan bancian kedatangan pelajar ke perpustakaan, pihak sekolah mendapati kedatangan kurang menggalakkan. Hal ini menggambarkan masyarakat secara keseluruhannya kurang berminat membaca. Anda telah diminta membuat laporan usaha yang perlu dilakukan untuk memastikan masyarakat kita mempunyai tabiat suka membaca.
LAPORAN KAJIAN UNTUK MENGGALAKKAN TABIAT MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT
                  Minat membaca dalam kalangan masyarakat kita kurang memuaskan. Situasi ini tergambar apabila perpustakaan di sekolah kurang dikunjungi para pelajar. Kajian ini tidak memberi fokus terhadap para pelajar semata-mata, sebaliknya dalam skop yang lebih luas. Berdasarkan faktor kurangnya minat membaca, saya perturunkan cadangan untuk menggalakkan masyarakat minat membaca.
                       Bagi memastikan minat membaca terus subur, peranan ibu bapa amatlah penting. Ibu bapa perlu mengutamakan pendidikan anak-anak daripada hal yang remeh. Selain sibuk membeli perabot baharu, lebi baik mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Ketika sibuk membeli-belah, wajar sibuk juga membeli buku untuk si anak.
                       Apabila tiba di sekolah, sewajarnya disambut dengan suasana ilmu. Alangkah baiknya jika di kelas diwujudkan sudut bacaan untuk digunakan pelajar apabila ada waktu terluang. Di pusat sumber pula, selain ratusan buku dan majalah terbaru, perlu juga diwujudkan suasana yang ceria. Guru-guru perlu bersikap proaktif dengan menceritakan buku-buku terbaru yang telah dibaca untuk meransang pelajar membaca buku tersebut.
                       Kita telah ada Jualan Mega empat kali setahun bagi merangsang orang ramai membeli belah. Mengapa tidak kempen yang sama dijalankan secara besar-besaran agar orang orang ramai ke tokoh buku? Setakat ini, kempen mengenai buku baharu tiada di televisyen kerana penerbit tidak mampu membayar  bayaran iklan yang tinggi. Jika bayaran  iklan diberi bayaran diskaun, mungkin ada penerbit yang berminat.
                       Pertandingan rumah yang mempunyai reka bentuk dan landskap yang menarik telah diadakan di peringkat kebangsaan. Untuk memastikan orang ramai menjadi ulat buku, sekali gus menghargai ilmu, wajar juga diadakan pertandingan perpustakaan mini di setiap rumah, dengan mengikut jenis rumah.
                       Penerbit hendaklah memberi kerjasama dengan menurunkan harga buku. Ramai yang merungut buku-buku yang dijual di pasaran terlalu mahal. Sebenarnya keadaan ini berlaku kerana kos pencetakkan begitu tinggi disebabkan jumlah buku yang dicetak terlalu sedikit iaitu tidak melibihi 3000 naskah. Akan tetapi, jika orang ramai galak membaca buku dan jualan meningkat, diharapkan pernbit menjual buku dengan harga yang lebih murah.
                       Walaupun kita akui membaca jambatan ilmu, tetapi perlu juga difikirkan bahan yang hendak dibaca. Untuk membaca otak yang cemerlang perlulah banyak membaca. Oleh itu, kita memanfaatkan masa yang terluang dengan apa-apa juga bahan bacaan.     
Laporan disediakan oleh,
        Farhan
(MUHAMMAD FARHAN BIN AHMAD)                                      20 OGOS 2012.      
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
The Malay College Kuala Kangsar,
Perak.

No comments:

Post a Comment