Monday 30 January 2012


SURAT KIRIMAN RASMI
Sejak akhir-akhir ini di tempat anda tinggal dipenuhi oleh warga asing. Keadaan mereka begitu mencurigakan. Sebagai ketua, anda telah diminta menulis surat kepada pihak berkuasa supaya masalah tersebut dapat diatasi sebelum masalah yang tidak diingini berlaku. Tulis surat tersebut selengkapnya.
MASALAH YANG WUJUD AKIBAT KEDATANGAN WARGA ASING
No.84,Jalan Bandar 1014,
Taman Bandar Baru,
88472 SHAH ALAM.


Ketua Polis Shah Alam,
Ibu Pejabat Polis Shah Alam,
88472 SHAH ALAM.                                                                          20 OGOS 2012.
Tuan,
Masalah Kedatangan Warga Asing di Taman Bandar Baru
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.  Sehubungan dengan itu, Saya Muhammad Farhan Bin Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Penduduk Taman Bandar Baru ingin menyampaikan masalah yang kami hadapi untuk tindakan pihak tuan. Untuk pengetahuan tuan, sejak akhir-akhir ini, kedatangan warga asing ke tempat kami begitu ramai. Pada peringkat awal, kedatangan mereka sebagai penyewa dan kami menerima keadaan ini kerana menjadi hak tuan rumah untuk menyewakan rumah kepada sesiapa sahaja yang disukai. Namun, kedatangan warga asing sejak akhir-akhir ini bertambah kian ramai.
3.  Daripada kajian yang kami buat, kami mendapati mereka akan berkumpul pada malam minggu di sebuah rumah nombor 7, Jalan Sempurna. Mereka berkumpul dalam jumlah yang ramai iaitu sehingga 50 orang. Rata-rata mereka terdiri daripada warga Indonesia. Kami yakin, mereka itu adalah pekerja kilang di depan taman perumahan kami. Kami takut, mereka bukan sekadar bersembang kosong untuk mengisi masa senggang, tetapi merancang sesuatu seperti mencuri atau memeras ugut. Tuan sendiri maklum, gejala kecurian melibatkan warga asing kian bertambah Kuala Selangor sejak akhir-akhir ini.
5. Aduan yang kami kemukakan diharap diberi perhatian serius dari pihak tuan. Tuan sedia maklum bahawa anak-anak gadis di taman perumahan ini ada yang bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang dan sesetengahnya masih lagi belajar. Ibu bapa sudah tentu berasa bimbang apabila memikirkan anak gadis mereka yang pulang jauh malam, yang kemungkinan diekori oleh warga asing. Setakat ini memang tiada kejadian buruk yang berlaku, tetapi kita jangan bertindak sehingga nasi menjadi bubur.
6.  Kami yakin, sebagai anggota polis yang mengamalkan “Tepat dan Cekap”, kami yakin masalah ini dapat di atasi dengan segera, demi memastikan masalah jenayah di daerah ini dapat dikurangkan. Sebelum saya mengakhiri surat ini, terlebih dahulu kami merakamkan berbanyak terima kasih atas kerjasama yang bakal tuan berikan. Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
          Farhan
(MUHAMMAD FARHAN BIN AHMAD)
Pengerusi,
Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Penduduk,
Taman Bandar Baru,
Shah Alam. 

No comments:

Post a Comment