UCAPAN/SYARAHAN/CERAMAH
Anda telah diundang untuk menyampaikan ceramah sempena Kempen Hidup Sihat di
sebuah sekolah. Dalam ceramah itu, anda diminta menekankan soal pemakanan yang
menentukan tahap kesihatan seseorang. Sediakan teks ceramah anda itu selengkapnya.
KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT
Terima kasih kepada Tuan
Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik Anand Bin Baharuddin, Pengetua The Malay
College Kuala Kangsar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan para pelajar.
Selamat sejahtera saya ucapkan. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih
atas kesudian pihak sekolah mengundang saya menyampaikan ceramah sempena Kempen
Gaya Hidup Sihat. Walaupun matlamat ke sekolah adalah untuk memburu
kecemerlangan dalam bidang akademik, tetapi tubuh badan yang sihat dapat
menjamin impian tersebut menjadi kenyataan.
Kesihatan
diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya
sehingga ditimpa penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan
peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan
kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti
kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang teratur
sepatutnya dimulakan sejak awal lagi.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Makanan
seperti daging, telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan
sumber protein, vitamin, dan galian yang baik. Akan tetapi makanan tersebut
mengandungi banyak lemak dan kolesterol. Lemak boleh menyebabkan kegemukan,
mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara
kolesterol menjadi punca utama serangan jantung. Makanan berproses dan snek
seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol
begitu juga dengan makanan jualan penjaja.
Makanan yang
diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak
gula yang mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa
khasiat makanan atau serat. Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang
berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh. Memakan
gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakkan gigi,
kegemukkan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing
manis, serangan jantung dan sebagainya.
Hadirin yang dikasihi,
Garam yang
berlebihin di dalam tubuh badan kita juga memberi kesan yang berlebihan kepada
tubuh badadan kita. Makanan segera, makanan dalam ti, daging yang diawet dan
makanan ringan bergaram seperti kentang goreng mengandungi banyak garam.
Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang
akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung dan strok. Sesetengah orang
mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).
Serat amat
penting kepada tubuh badan kita. Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil
masa antara 70 hingga 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan
masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapapt melindungi daripada
serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang
terdapat didalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.
Sesungguhnya pemakanan yang betul menjamin badan yang sihat.
Guru-guru dan pelajar sekalian,
Kesimpulannya
kita harus mengakui bahawa semua manusia mempunyai keperluan yang berbeza. Oleh
itu, anda harus menentukan sendiri apa-apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk
memastikan anda makan berlebihan, anda mungkin perlu meinmbang berat badan dari
semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian
iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa. Kita perlu
mengimbangi (makanan) yang kita perlu peroleh dengan tenaga yang digunakan
untuk kegiatan harian. Sekianlah dahulu syarahan daripada saya. Saya akhiri
dengan lafaz terima kasih.