Monday 30 January 2012


UCAPAN/SYARAHAN/CERAMAH
Anda telah diundang untuk menyampaikan         ceramah sempena Kempen Hidup Sihat di sebuah sekolah. Dalam ceramah itu, anda diminta menekankan soal pemakanan yang menentukan tahap kesihatan seseorang. Sediakan teks ceramah anda itu selengkapnya.
KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT
    Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik Anand Bin Baharuddin, Pengetua The Malay College Kuala Kangsar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan para pelajar. Selamat sejahtera saya ucapkan. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kesudian pihak sekolah mengundang saya menyampaikan ceramah sempena Kempen Gaya Hidup Sihat. Walaupun matlamat ke sekolah adalah untuk memburu kecemerlangan dalam bidang akademik, tetapi tubuh badan yang sihat dapat menjamin impian tersebut menjadi kenyataan.
     Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi.
Hadirin yang dihormati sekalian,
     Makanan seperti daging, telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin, dan galian yang baik. Akan tetapi makanan tersebut mengandungi banyak lemak dan kolesterol. Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama serangan jantung. Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.
     Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat. Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh. Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakkan gigi, kegemukkan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
Hadirin yang dikasihi,
     Garam yang berlebihin di dalam tubuh badan kita juga memberi kesan yang berlebihan kepada tubuh badadan kita. Makanan segera, makanan dalam ti, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng mengandungi banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung dan strok. Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).
     Serat amat penting kepada tubuh badan kita. Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 hingga 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapapt melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat didalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh. Sesungguhnya pemakanan yang betul menjamin badan yang sihat.
Guru-guru dan pelajar sekalian,
     Kesimpulannya kita harus mengakui bahawa semua manusia mempunyai keperluan yang berbeza. Oleh itu, anda harus menentukan sendiri apa-apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan anda makan berlebihan, anda mungkin perlu meinmbang berat badan dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa. Kita perlu mengimbangi (makanan) yang kita perlu peroleh dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan harian. Sekianlah dahulu syarahan daripada saya. Saya akhiri dengan lafaz terima kasih.

No comments:

Post a Comment