Monday 30 January 2012


WAWANCARA
Anda seorang wartawan di sebuah akhbar terkemuka. Anda ditugaskan oleh Ketua Pengarang tempat anda bekerja untuk mewawancara seorang tokoh berkaitan pengangguran. Sediakan teks wawancara anda itu selengkapnya dengan menekankan cara-cara mengurangkan pengangguran dalam kalangan masyarakat.
CARA-CARA MENGURANGKAN PENGANGGURAN
Saya telah bertemu bual Encik Zahari Haji Roslan (ZHR), Penolong Ketua Pengarah, Bahagian Sumber Manusia di Kementerian Sumber Manusia. Berikut merupakan hasil wawancara saya dengan beliau.
WARTAWAN:   Selamat sejahtera Encik Zahari. Sebelum wawancara ini lebih panjang, Encik Zahari terangkan lebih lanjut tentang pengangguran.
ZHR:                        Pengangguran bereti individu yang tidak mempunyai pekerjaan atau sumber pendapatan tetap. Pengangguran terbahagi kepada dua, iaitu mereka yang cuba mencari pekerjaan secara aktif gagal, dan mereka yang tidak mencuba mencari pekerjaan. Secara tepat, hanya mereka yang cuba mencuba mencari pekerjaan secara aktif tetapi gagal dianggap sebagai penganggur. Semetara mereka yang tidak cuba mencari pekerjaan tidak dianggap penganggur kerana berkemungkinan hendak berehat, atau sedang menyambung pembelajaran mereka.
WARTAWAN:   Bagaimana untuk mengatasi masalah pengangguran?
ZHR:                        Bagi mengatasi masalah pengangguran ini, sikap individu perlu diambil kira. Oleh hal demikian, kita jangan bersikap memilih pekerjaan. Walaupun kita mempunyai ijaza, janganlah mengaharapkan pekerjaan di bilik berhawa dingin. Untuk meneruskan kelangsungan hidup, rebut dahulu pekerjaan yang ada, walaupun terpaksa bekerja sebagai buruh kasar.
WARTAWAN:   Bagaimana pula peranan ibu bapa?
ZHR:                        Ibu bapa juga berperanan penting untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pekerjaan. Sebagai orang tua yang lebih dahulu makan garam, sewajarnya menunjuk arah akan kerjaya anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah memikirkan kursus yang bakal diikuti oleh anak sebelum melangkah ke pusat pengajian tinggi bagi menjamin peluang pekerjaan.
WARTAWAN:        Sudah tentu masyarakat memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah ini.
ZHR:                        Masyarakat juga memainkan peranan penting untuk mengurangkan pengangguran. Setiap daripada kita perlu membina semangat Malaysia dengan impian untuk meneguhkan ekonomi Negara dan memantapkan perpaduan negara. Oleh itu, majikan daripada kaum Cina hendaklah membuka ruang seluas-luasnya kepada kaum-kaum lain bekerja di syarikat mereka. Hal ini demikian kerana umum mengetahui syarikat-syarikat yang dimiliki oleh kaum Cina kurang memberi peluang pekerjaan kepada kaum-kaum lain.
WARTAWAN:   Bagaimana pula peranan sekolah?
ZHR:                           Sekolah merupakan tempat awal kita sebelum melangkah ke dunia pekerjaan. Oleh itu, guru berperanan penting mendidik pelajar menjadi modal insan yang sempurna. Falsafah Pendidikan di Malaysia iaitu suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk melahirkan indan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
WARTAWAN:   Bagaimana pula peranan kerajaan?
ZHR:                        Kerajaan juga berperanan untuk mengurangkan pengangguran dalam kalangan remaja. Oleh itu, kerajaan perlu mewujudkan keamanan negara untuk memastikan para pelabur mahu menanam modal di Malaysia, ekonomi akan berkembang dan sudah tentulah peluang pekerjaan akan bertambah. Apabila hal ini berlaku, masalah pengangguran dapat dikurangkan.
WARTAWAN:   Nyatakan harapan Encik Zahari terhadap masalah yang kita bincangkan?
ZHR:                        Sesungguhnya, masalah pengangguran walaupun tidak boleh diatasi 100 peratus, namun kadar pengangguran boleh dikurangkan dari semasa ke semasa. Apabila masalah pengangguran dapat dibendung, langkah menuju negara maju pada tahun 2020 akan menjadi kenyataan. Hal ini demikian kerana, salah satu cabaran Wawasan 2020 ialah mewujudkan satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial.
WARTAWAN:   Terima kasih saya ucapkan kerana kesudia Encik Zahari diwawancara.
ZHR:                        Sama-sama.

No comments:

Post a Comment