PENDAPAT/PERBINCANGAN
Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang
mulia dan seharusnya dipratikkan oleh rakyat Malaysia. Bincangkan
langkah-langkah untuk berjimat cermat.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK BERJIMAT CERMAT.
Amalan
berjimat cermat merupakan sikap yang
mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah
lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada
kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja
haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu,
langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat
cermat dalam kalangan masyarakat.
Antara
langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat
Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin
menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung
dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah
contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya
perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan.
Ibu bapa
juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil
lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu
menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan
mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh
membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan
Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan
wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk
keperluan masa depan yang lebih gemilang.
Masyarakat
juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian
Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi
memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat
hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya
mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan
mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai
masa depan yang terjamin.
Sebelum
membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu.
Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini
wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat
hendaklah membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika
berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah
beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah
kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada peribahasa berjimat sebelum terlambat,
beringat sebelum terkena.
Kesimpulannya,
amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan
progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk
jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi,
berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian,
pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi
budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.
3 T-Shirt - titanium muffler
ReplyDeleteThe Titanium Hockey Team is a professional titanium athletics and premium hockey team that excels in a variety of ways. We also feature top quality jerseys ceramic vs titanium curling iron to is titanium a conductor help you titanium body jewelry find a titanium iv chloride