Monday 30 January 2012


SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI
Anda mempunyai sahabat pena yang berada di luar negara. Menerusi emel yang anda terima, sahabat pena anda itu ingin mengetahui tentang kelebihan penglibatan individu dalam bidang sukan. Balas emel rakan anda itu.
KELEBIHAN PENGLIBATAN INDIVIDU DALAM SUKAN
                                                                                                     84,Jalan Bandar,
                                                                                                            Taman Bandar Baru,
                                                                                                            88472 Alor Gajah,
                                                                                                            Melaka.
                                                                                                             20 Ogos 2012.
                       Ke hadapan Sofea yang berada di Miami, Amerika Syarikat. Ketika saya menulis e-mel ini, saya sekeluarga dalam keadaan sihat. Diharapkan saudari lebih-lebih lagi. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kesudian saudara menulis emel kepada saya. Saya tidak dapat segera menjawab kerana kesibukan mengemas rumah Untuk pengetahuan saudara, kini kami sekeluarga telah berpindah di Taman Bandar Baru. Pada waktu terluang ini, saya segera membalas emel saudari. Saudari dahulu seorang pelajar yang aktif dalam kegiatan sukan. Apabila saudari bertanyakan faedah yang diperoleh individu yang melibatkan diri dalam bidang sukan, saya teragak-agak untuk menjawabnya.
                       Apabila bercakap tentang faedah bersukan, tentulah akan banyak mengubah diri seseorang itu. Yang pertama dapat menyihatkan tubuh badan. Hal ini demikian kerana, sewaktu bersukan kita berlari, melompat, dan menggerakkan tubuh. Aktiviti yang dijalankan menyebabkan otot-otot mengeluarkan peluh, sekali gus menyebabkan tubuh kita sihat.
                       Sukan memang banyak memberi faedah kepada keluarga. Sukan menyebabkan anak-anak remaja dapat memanfaatkan masa terluang. Pada waktu petang, kita boleh bermain bola sepak ataupun sepak takraw. Jika tidak terlibat dalam sukan, kemungkinan kita bergaul dengan budak-budak nakal, sekali gus kemungkinan terjebak dalam kegiatan negatif seperti merokok.
                       Saya ingin menambah, sukan dapat memberi faedah kepada masyarakat. Sesungguhnya sukan melahirkan masyarakat yang sihat. Apa tidaknya, sukan menyebabkan kita berhubung erat dengan jiran tetangga kita. Sebagai contoh, aktiviti hari keluarga sudah pasti akan diisi dengan acara sukan, seperti tarik tali dan bermain bola sepak.
                       Sukan memberi faedah yang besar kepada sekolah. Apa tidaknya, tanpa sukan tubuh pelajar yang ulat buku akan lesu dan tidak bermaya. Apabila mereka aktif bersukan, wujud kesegaran dalam diri dan minda, seterusnya mengasah bakat yang terpendam.
                       Sukan memberi faedah yang besar kepada negara. Sukanlah yang menyebabkan nama Malaysia terkenal di mata dunia. Menerusi badminton yang ditonjolkan oleh keluarga Allahyarham Datuk Sidek dan skuasy menerusi Datuk Nicol Ann David yang dicanangkan sebagai Pemain Skuasy Terbaik Dunia, nama Malaysia semakin haru di mata dunia. Jika menerusi iklan untuk menonjolkan nama negara bukan sahaja memerlukan wang yang banyak tetapi kesannya juga kurang.
                       Demikianlah serba sedikit yang dapat saya catatkan untuk kali ini. Jika ada kesempatan, tulislah emel kepada saya. Untuk pengetahuan saudari, tidak lama lagi para pelajar di seluruh Malaysia akan melalui cuti persekolahan selama dua minggu. Jika saudari mempunyai gambaran yang menarik tentang Amerika, kirimlah emel kepada saya. Barangkali ayah saya akan memilih Amerika sebagai tempat pelancongan kami sekeluarga. Sekian dahulu emel daripada saya. Terima kasih.
                                                                                      Sahabatmu di Malaysia,
                                                                     Farhan  
                                                                                      (Farhan Ahmad)

3 comments: